Desaverse

Polisi privasi

Berkuat kuasa: 8 Oktober 2026. Polisi ini terpakai kepada Desaverse UPKK, Desaverse PKSK, Desaverse Prasekolah dan laman desaverse.com.

Pandai Technologies (M) Sdn Bhd (1576817-W) ialah pengguna data bagi data peribadi yang diterangkan di sini, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), termasuk pindaan 2024. This policy is available in English on request at [email protected].

1. Ringkasan

2. Data yang kami kumpul

Daripada ibu bapa

Tentang kanak-kanak

ProdukApa yang disimpanDi mana
Desaverse UPKK, Desaverse PKSKNama pertama anak dan kemajuan belajar.Peranti anda sahaja (storan pelayar).
Desaverse UPKKJawapan bertulis yang dihantar untuk semakan AI, bersama soalan dan skema. Tanpa nama, e-mel atau ID akaun.Pelayan kami, dipadam selepas 90 hari.
Desaverse PrasekolahNama anak, watak avatar yang dipilih (bukan gambar), bintang, tahap, dan rekod jawapan: betul atau salah, markah, masa dan pilihan yang dipilih.Pelayan kami, selagi akaun aktif.

Ingatkan anak supaya tidak menulis nama atau maklumat peribadi dalam ruang jawapan.

Pelawat laman desaverse.com

Alamat IP, jenis pelayar, halaman yang dilawati, kuki Meta Pixel, fbclid jika anda tiba melalui iklan, dan data Google Analytics (lihat bahagian 5).

3. Tujuan

4. Pihak yang menerima data

Kami berkongsi data hanya setakat yang perlu:

PihakUntuk apaProduk
HitPayPembayaran (nama, e-mel)Semua
ToyyibPayPembayaran (nama, e-mel, telefon)Prasekolah
BrevoMenghantar e-mel. Bagi laporan mingguan Prasekolah, Brevo juga merekod sama ada e-mel dibuka atau diklik.Semua
GoogleLog masuk dengan Google, jika anda memilihnya. Google Analytics di laman web.Semua
MetaPengukuran iklan (bahagian 5)Semua
OpenRouter dan OpenAIMenyemak jawapan bertulis anak (jawapan, soalan dan skema sahaja)UPKK
Google (Gemini)Mendraf laporan mingguan: nama ibu bapa, nama pertama anak dan ringkasan aktiviti minggu ituPrasekolah
PandaiTech (syarikat kami)Resit pembayaran dan mesej WhatsApp susulan selepas pembelian (nama, e-mel, telefon)Prasekolah
Cloudflare dan penyedia pelayan kamiMenjalankan dan melindungi perkhidmatanSemua
Pihak berkuasaJika dikehendaki oleh undang-undangSemua

Sebahagian penyedia ini memproses data di luar Malaysia. Kami hanya menggunakan penyedia yang kami percayai dan berusaha memastikan data dilindungi dengan sewajarnya.

5. Pengukuran iklan dan laman web

Meta Pixel dan Conversions API

Kami menggunakan Meta Pixel pada laman desaverse.com/upkk, desaverse.com/pksk dan desaverse.com/prasekolah, dan Conversions API Meta (dari pelayan kami), untuk mengetahui sama ada iklan kami di Facebook dan Instagram membawa pelawat dan pembelian. Aplikasi itu sendiri tidak memuatkan Meta Pixel.

Google Analytics

Laman desaverse.com menggunakan Google Analytics untuk mengira lawatan dan halaman yang dibaca. Google Analytics menetapkan kukinya sendiri pada pelayar anda.

Cara menarik diri

6. E-mel dan WhatsApp

7. Tempoh penyimpanan

Apabila data tidak lagi diperlukan, ia dipadam atau dinyahkenal pasti.

8. Keselamatan

Kata laluan disimpan dalam bentuk hash dan kami menggunakan langkah teknikal yang munasabah untuk melindungi data. Jika berlaku kebocoran data peribadi yang perlu dimaklumkan di bawah PDPA, kami akan memaklumkan pihak berkuasa dan individu yang terjejas mengikut undang-undang.

9. Hak anda

Anda boleh meminta untuk:

Hantar permintaan ke [email protected]. Kami mungkin perlu mengesahkan identiti anda dan akan membalas dalam tempoh yang ditetapkan undang-undang. Bagi Desaverse Prasekolah, anda juga boleh memadam profil anak sendiri dalam aplikasi; kemajuan profil itu turut dipadam.

10. Kanak-kanak

Kanak-kanak tidak membuat akaun sendiri. Ibu bapa atau penjaga yang membuat akaun memberi persetujuan bagi pihak anak dan bertanggungjawab ke atas penggunaan mereka.

11. Kuki dan storan peranti

12. Perubahan polisi

Jika polisi ini berubah, versi baharu disiarkan di halaman ini dengan tarikh berkuat kuasa yang baharu.

13. Hubungi kami

Pandai Technologies (M) Sdn Bhd, 18, Jalan Pinggiran Putra 4/4, Desa Pinggiran Putra, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia. E-mel: [email protected].

Jika anda tidak berpuas hati, anda boleh mengadu kepada Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia.