Anda semangat beli game untuk anak, tapi mereka taknak main pun.

Sebab kebanyakannya bukan game pun sebenarnya, cuma latihan interaktif. Desaverse berbeza, kami masukkan silibus Jawi ke dalam game sebenar. Anak ralit main game, tahu-tahu dah pandai Jawi.

Beli Akses — RM29
  • Silibus sah KSPK 2026 (PI 1.5)
  • Bayar sekali — milik selamanya
  • Jaminan wang dikembalikan 7 hari
Skrin utama Desaverse — pilih dunia untuk diterokai

Kenapa app lain gagal?

Sebab bila anak main, otak mereka tahu: "Ini bukan game, ini kena buat kerja sekolah." Terus mereka minta tukar tengok YouTube.

Di Desaverse, kita terbalikkan.

Anak masuk untuk main game, kumpul markah, dan naik pangkat. Tanpa sedar, mata dan telinga mereka sedang mengecam 35 huruf Jawi.

Elakkan anak ‘terdiam’ di dalam kelas

Bila cikgu angkat kad huruf di depan kelas nanti, adakah anak anda akan angkat tangan dengan yakin — atau tunduk diam sebab tak kenal?

Asas membaca bermula di rumah. Dan ia boleh bermula malam ini.

Macam mana anak jadi pandai?

Tiga langkah mudah — anak rasa dia bermain, hasilnya dia pandai baca Jawi.

Skrin kursus Jawi Prasekolah — dua bahagian, Main dan Latih

Tengok & dengar sendiri

Tekan main untuk dengar sebutan audio sebenar, suara pujian Cikgu Intan, dan gameplay yang anak anda pasti suka.

Langkah 1

Kenal Huruf

Mata lihat bentuk, telinga dengar audio serentak. Ilmu melekat, bukan sekadar hafal mati.

Permainan Tangkap Huruf — tangkap buah berhuruf yang disebut
Langkah 2

Cantum Suku Kata

Dengar bunyi, cantum sendiri huruf (بو + کو = بوکو). Langkah pertama membaca.

Permainan Suku Kata — dengar bunyi, bina suku kata dengan tangan
Langkah 3

Latih Menulis

Lukis bentuk huruf di skrin. Jika tersasar, sistem terus betulkan on-the-spot.

Permainan Menulis — jejak huruf dengan jari ikut arah calitan

31 Game Arked Kegemaran Anak

Setiap satu game arked betul — ini cuma 4 antara kegemaran. Senarai penuh di bawah.

Piano Huruf

Ketuk huruf yang jatuh mengikut tempo lagu. Laju dan mengumpul markah.

Permainan Piano Huruf — ketuk huruf Jawi yang jatuh mengikut sebutan

Burung Jawi

Terbang dan lompat melepasi halangan huruf yang betul.

Permainan Burung Jawi — terbang melepasi huruf Jawi yang betul

Potong Huruf

Leret jari di skrin, ‘libas’ huruf yang melayang seperti ninja.

Permainan Potong Huruf — leret jari potong huruf Jawi yang disebut

Roda Kata

Putar roda misteri untuk eja suku kata tanpa rasa dipaksa.

Permainan Roda Kata — putar roda, baca suku kata yang keluar
Khas untuk ibu bapa

Tak perlu teka-teka

Anda dapat Report Card mingguan — hitam putih, bukan agakan:

  • Masa aktif bermain & ketepatan jawapan
  • Huruf yang anak selalu keliru (contoh: ب dengan ت)
Dashboard ibu bapa Desaverse — ketepatan, minit, carta harian, huruf bermasalah dan pasangan keliru
Khas untuk ibu bapa

Satu harga, semua anak

Ada 3 anak? Buka 3 profil berasingan di bawah satu bayaran sahaja. Kemajuan setiap anak direkodkan secara berasingan.

Skrin pilih profil anak — setiap anak dunia sendiri, tambah anak tanpa had

Silibus sah KSPK 2026 (PI 1.5)

Kurikulum yang kami gunakan adalah sama dengan yang diajar di tadika seluruh Malaysia:

  • PI 1.5.1 — Mengecam & menyebut huruf Jawi
  • PI 1.5.2 — Membaca perkataan dua suku kata terbuka
  • PI 1.5.3 — Menyalin perkataan

Hari pertama sekolah nanti, anda pilih yang mana?

Laluan A: “Tunggu & Harap”

  • Terkial-kial kenal huruf di kelas
  • Rasa rendah diri bila kawan lain lancar
  • Balik rumah stress dipaksa buat buku

Laluan B: “Sedia Bersama Desaverse”

  • Dah terbiasa dengan rupa 35 huruf
  • Yakin angkat tangan bila disoal
  • Belajar jadi aktiviti santai 10 minit

Mula malam ini (tanpa risiko)

Tak perlu install apa-apa. Main terus di browser telefon, tablet, atau laptop anda.

  1. Beli akses (1 minit)

    Isi nama & emel, bayar RM29 melalui FPX atau kad.

  2. Akaun terus siap

    Pautan masuk dihantar ke emel anda sebaik bayaran selesai.

  3. Anak main malam ini

    Buka di browser, pilih profil anak, terus belajar 35 huruf Jawi.

Sekali bayar, milik selamanya.

RM29

Tuisyen Jawi di luar menelan kos RM40–RM80 setiap bulan. Dengan Desaverse, anda hanya melabur RM29 sekali sahaja. Tiada yuran bulanan, tiada pembaharuan tahunan, tiada iklan yang mengganggu.

Atau lengkapkan asas Islam anak

Tambah Pendidikan Islam Prasekolah — satu akses, dua subjek, jimat RM9.

  • Jawi

    RM29

    Jawi Prasekolah sahaja

    Pilih Jawi
  • Jimat RM9

    Jawi + Pendidikan Islam

    RM49

    RM58 — dua subjek, satu pakej

    Pilih Pakej Lengkap
  • Pendidikan Islam

    RM29

    Pendidikan Islam Prasekolah sahaja

    Pilih PI

Jaminan 7 hari, wang dikembalikan

Cuba Desaverse selama 7 hari. Kalau anak anda tak berminat atau anda rasa tak berbaloi, emel kami — kami pulangkan RM29 anda sepenuhnya, tanpa soal.

Semua Game dalam Satu Akses

31 game Jawi — satu bayaran buka kesemuanya. Inilah yang anak anda dapat:

  • Geng Huruf
  • Dongeng Desa
  • Surih
  • Buru Huruf
  • Cantum Suku
  • Padan Pantas
  • Intai Huruf
  • Teka Bunyi
  • Kad Kembar
  • Bina Kata
  • Cap Titik
  • Rantai Huruf
  • Keretapi Huruf
  • Tadah Huruf
  • Pasar Desa
  • Buka Tabir
  • Jejak Ayam
  • Roda Untung
  • Ketuk Tikus
  • Tarik Tali
  • Naga
  • Kepak
  • Kelip Kelip
  • Ular Lapar
  • Piano Huruf
  • Pedang Huruf
  • Selit Lorong
  • Sepak Gol
  • Geng Hantu
  • Lantun Bola
  • Warung Desa

Soalan Lazim

Anak saya zero Jawi, kenal 'Alif' pun tidak. Boleh guna?

Boleh. Game bermula dari asas pengenalan huruf. Skor mesti capai 80% baru sistem benarkan naik ke tahap seterusnya. Anak takkan pening.

Umur 4 tahun terlalu awal ke?

Tidak. Ini game mengecam visual & bunyi, bukan kelas duduk diam menyalin buku. Ia memang direka untuk tahap umur 4–6 tahun.

Saya sendiri tak pandai Jawi, macam mana nak semak?

Anda tak perlu mengajar. Ada audio sebutan Melayu dan watak 'Cikgu Intan' yang akan tolong betulkan anak di dalam game.

Macam mana nak tahu dia betul-betul belajar?

Buka Dashboard Ibu Bapa. Semua data ketepatan jawapan dan huruf yang dia lemah ada direkodkan di situ.

Kena download app? Storage phone saya dah penuh.

Tak perlu download. Ini web-app. Klik link, login di browser (Chrome/Safari), dan terus main.

Betul ke ini sekali bayar? Ada caj tersembunyi?

Betul, 100% tiada caj berulang. Beli hari ini, anak bongsu anda nak guna 5 tahun lagi pun masih percuma menggunakan akaun yang sama.

Macam mana kalau anak saya tak suka?

Tiada risiko. Anda dilindungi jaminan 7 hari — kalau tak berpuas hati, emel kami dalam masa 7 hari dan kami pulangkan RM29 anda sepenuhnya.

Sedia untuk hari pertama sekolah.

Satu bayaran RM29, akses seumur hidup untuk semua anak anda. Mula malam ini.

Beli Akses — RM29