Tentang Desaverse
PKSK

Apa itu PKSK?

Disemak 6 Okt 2026 · sumber KPM dan MARA

Jawapan ringkas

PKSK ialah ujian untuk masuk Tingkatan 1 di SBP, SMKA, MRSM dan MTD. Anak menulis karangan dahulu, kemudian menjawab soalan di komputer, di pusat pentaksiran.

Tarikh 202612–22 OktSatu sesi sahaja
Tempoh2 jam 30 minit
BayaranTiada
Nama penuhPentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

Urutan pada hari PKSK

Penulisan dahulu, kemudian komputer.

45 minPertama

Bahagian C: Penulisan

Tulis karangan dengan tangan di atas kertas. Sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.

15 minSela

Rehat

Ikut arahan petugas di pusat.

90 minKedua

Bahagian A dan B di komputer

Jawab soalan aneka pilihan di komputer pusat pentaksiran. Bukan dari rumah.

Apa yang diuji

Tiga bahagian. Setiap satu dimarkah dengan cara berbeza.

A

Kecerdasan Insaniah

Soalan situasi: apakah tindakan yang terbaik? Menguji EQ, SQ dan SSQ.

Markah: separa. Jawapan yang hampir tepat masih dapat sebahagian markah.

Latih soalan situasi
B

Kecerdasan Intelek

Soalan aneka pilihan dalam enam bidang:

IQ (penaakulan)Bahasa MelayuBahasa InggerisMatematikSains dan TeknologiPengetahuan Am

Markah: betul atau salah.

C

Artikulasi Penulisan

Karangan bertulis tangan. Sekurang-kurangnya 100 patah perkataan dalam 45 minit.

Markah: mengikut senarai semak.

Bawa pada hari PKSK

Senarai daripada FAQ KPM. Sediakan malam sebelumnya.

  • Slip menduduki PKSK yang dicetak
  • MyKid atau MyKad
  • Pen atau pensel
  • Pakai seragam sekolah

Soalan lazim

Boleh jawab PKSK dari rumah?

Tidak. Anak hadir ke pusat pentaksiran yang ditetapkan. “Dalam talian” bermaksud soalan dijawab di komputer di pusat itu.

Perlu hadir setiap hari dari 12 hingga 22 Oktober?

Tidak. Anak hadir satu sesi sahaja, pada tarikh, masa dan pusat yang tertulis dalam slip.

Ada bayaran untuk menduduki PKSK?

Tiada. FAQ KPM menyatakan tiada bayaran pentaksiran. Buku dan kelas persediaan ialah pilihan sendiri.

Anak Tahun 5 boleh ambil PKSK tahun ini?

PKSK 2026 untuk kanak-kanak yang lahir 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015, biasanya murid Tahun 6. Murid Tahun 5 biasanya menduduki PKSK tahun depan. Semak tahun anak anda.

Berapa banyak soalan dalam PKSK?

Dokumen KPM dan MARA untuk 2027 tidak menyatakan bilangan soalan. Angka “30 + 70” datang daripada pusat tuisyen.

Bila keputusan PKSK keluar?

Semakan tawaran bermula 18 Disember 2026. Yang diumumkan ialah tawaran sekolah. Markah PKSK anak tidak semestinya diterbitkan. Lihat kalendar penuh.

Baca seterusnya

Desaverse PKSK

Nota bergambar dan latihan untuk Bahagian A, B dan C, termasuk 10 kertas simulasi.

Maklumat lanjut
Sumber (3) · disemak 6 Oktober 2026