UPKK 2026: tarikh, subjek dan format kertas
Peperiksaan bertulis UPKK 2026 pada 2 hingga 5 November 2026.
Tarikh ini datang daripada Kenyataan Media JAKIM Bil. 08/2026 (24 Jun 2026). Jadual harian belum diumumkan.
Siapa yang ambil UPKK
UPKK ialah Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain. Murid KAFA yang memasuki Tahun 5 (umur 11 tahun) layak menduduki ujian ini. Semua calon berdaftar mesti mengikuti Amali Solat dan PCHI.
Sembilan subjek dan bila dinilai
Enam subjek dijawab dalam kertas bertulis. Tiga lagi dinilai dengan cara lain, dan lebih awal daripada peperiksaan bertulis.
| Subjek | Cara dinilai | Bila |
|---|---|---|
| Akidah | Kertas bertulis | 2–5 November 2026 |
| Ibadah | Kertas bertulis | 2–5 November 2026 |
| Sirah | Kertas bertulis | 2–5 November 2026 |
| Adab | Kertas bertulis | 2–5 November 2026 |
| Jawi dan Khat | Kertas bertulis | 2–5 November 2026 |
| Lughah Arabiah (Bahasa Arab) | Kertas bertulis | 2–5 November 2026 |
| Tilawah Al-Quran | Ujian lisan (pentaksiran Al-Quran) | 28 September – 16 Oktober 2026 |
| Amali Solat | Amali | 29 Jun – 28 September 2026 |
| Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) | Amali | 29 Jun – 28 September 2026 |
Jadual harian belum diumumkan. Setakat ini hanya tempoh 2 hingga 5 November yang diumumkan.
Kertas bertulis: masa dan markah
Berdasarkan kertas percubaan 2024. Ini corak yang sama pada kebanyakan kertas percubaan negeri dan daerah, bukan ketetapan JAKIM. Jawi dan Khat belum disenaraikan kerana kami belum ada kertasnya.
| Subjek | Kod | Masa | Markah | Jawab dalam | A | B | C | D |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Akidah | UPKK 02 | 75 minit | 70 | Jawi | 10 | 10 | 30 | 20 |
| Sirah | UPKK 03 | 75 minit | 70 | Jawi | 10 | 10 | 30 | 20 |
| Adab | UPKK 04 | 75 minit | 70 | Jawi | 10 | 10 | 30* | 20* |
| Lughah Arabiah | UPKK 06 | 75 minit | 70 | Arab | 10 | 10 | 20 | 30 |
| Ibadah | UPKK 07 | 75 minit | 70 | Jawi | 10 | 10 | 30 | 20 |
Angka di bawah A hingga D ialah markah setiap bahagian. Jumlahnya 70 markah bagi setiap subjek. Bahagian B semua subjek ialah 10 soalan objektif.
* Adab: 6 daripada 9 kertas percubaan menggunakan C 30 dan D 20. Tiga kertas lagi menggunakan C 20 dan D 30.
Ulang kaji ikut subjek
Latihan soalan UPKK dalam aplikasi
Anak jawab dari ingatan. Soalan yang salah datang semula sampai betul, dan ibu bapa nampak topik yang masih lemah.
Maklumat lanjut