Soalan lazim
Boleh guna di telefon?
Ya. Buka di pelayar telefon, tablet atau komputer. Tiada apa perlu dimuat turun.
Untuk Tahun berapa?
Untuk murid Tahun 5 yang nak mula awal dan murid Tahun 6 yang nak berlatih jenis soalan PKSK.
Kalau ada dua tiga anak?
Satu pembelian untuk semua anak dalam keluarga, sehingga 8 anak. Setiap anak ada kemajuan sendiri.
19,000+ soalan itu soalan apa?
Jumlah 19,482 soalan latihan aneka pilihan. Semuanya ditulis sendiri oleh kami.
- Pengetahuan Am: 6,399
- Sains: 2,372
- Penaakulan: 2,337
- Matematik: 2,197
- Bahasa Inggeris: 2,188
- Bahasa Melayu: 2,071
- Insaniah: 702
- Penulisan: 216
- Kertas Simulasi 1 hingga 10: 1,000
Dalam setiap bab, anak jawab soalan pendek tentang nota dahulu, kemudian soalan gaya PKSK yang lebih panjang.
Adakah soalan ini soalan sebenar PKSK?
Tidak. Semua soalan ditulis sendiri mengikut jenis soalan PKSK. Kami tidak menggunakan soalan sebenar atau soalan bocor.
Kenapa semua soalan aneka pilihan tanpa petunjuk?
Supaya latihan serupa dengan cara anak menjawab di bahagian komputer PKSK: pilih jawapan sendiri, tanpa bantuan. Penerangan hanya keluar selepas anak menjawab.
Ada latihan menulis karangan?
Belum. Bahagian Penulisan kini ada nota teknik dan soalan. Latihan menulis karangan akan datang.
Kertas Simulasi sama dengan format rasmi?
Kertas Simulasi ialah latihan 100 soalan dalam 90 minit untuk Bahagian A dan B. Kertas 1 hingga 10 ditulis khas; Kertas 11 hingga 40 disusun daripada bank soalan, jadi sesetengah soalan berulang antara kertas. Ia membantu anak biasa dengan masa, tetapi bukan kertas rasmi.
Bayar macam mana?
Sekali bayar melalui FPX, DuitNow, kad atau e-dompet (diproses oleh HitPay). Tiada langganan tahunan.
Tak puas hati?
Emel hi@desaverse.com dalam 7 hari dari tarikh beli. Kami pulangkan wang penuh, tanpa perlu beri sebab.
Ada kaitan dengan KPM, MARA atau sekolah?
Tidak. Desaverse PKSK ialah aplikasi latihan bebas oleh Pandai Technologies (M) Sdn Bhd (1576817-W).