Tentang Desaverse
Prasekolah
Kos prasekolah Harga dilihat 5 Oktober 2026

Berapa yuran tadika swasta?

Kami semak laman web 21 tadika swasta. Yuran pengajian yang mereka paparkan ialah antara RM220 dan RM1,880 sebulan. Ini yuran bulanan sahaja. Tekan nama tadika untuk lihat halaman harganya.

Tadika · 21 tadika
Separuh hari Sehari penuh Sesi tidak dinyatakan
Yayasan Islam Terengganu (18 tadika, RM40 – RM280 sebulan) tidak disenaraikan kerana ia yayasan negeri, bukan tadika swasta. Sekolah antarabangsa yang mengenakan yuran sepenggal atau setahun juga tidak dimasukkan.

Prasekolah kerajaan

Prasekolah KPM
Tiada yuran
Kelas prasekolah di sekolah rendah. Sekolah tidak boleh memungut bayaran lain selain PIBG.
Sumber: Garis Panduan Pengurusan Prasekolah KPM, 2025
TABIKA Perpaduan
RM10 – RM30 sebulan
Sumbangan ibu bapa, ditambah RM20 untuk kelas KAFA.
Sumber: Soalan lazim Jabatan Perpaduan Negara
TABIKA KEMAS
Tanya TABIKA
Kami belum dapat membaca jadual yuran KEMAS. Jagaan petang (TABIKA Transit): RM100 – RM250 sebulan.
Sumber: Laporan Tahunan KEMAS 2020
Cari prasekolah kerajaan berhampiran anda

Cara kami kumpul harga ini

Kami membaca laman web dan dokumen yuran tadika pada 5 Oktober 2026 dan mencatat 294 harga sebulan daripada 55 cawangan milik 21 tadika. Ini harga yang dipaparkan, bukan sebut harga. Harga mungkin sudah berubah, jadi sahkan dengan tadika.

Ini bukan purata Malaysia. Satu rangkaian di Johor mempunyai lebih separuh daripada harga yang kami catat. Kami belum ada harga tadika swasta untuk Kelantan, Melaka dan Labuan.

Laporkan harga yang salah