Kurikulum Prasekolah 2026: apa anak belajar
Mulai Januari 2026, Kurikulum Prasekolah 2026 menggantikan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017). Ia ada enam bidang pembelajaran dan 241 standard pembelajaran. Pilih satu bidang untuk lihat semua standardnya.
Enam bidang pembelajaran
Sosioemosi
Mengenali dan mengurus emosi, mengawal diri, bekerjasama dan menghormati orang lain.
Fizikal dan Kesejahteraan Diri
Pergerakan badan, penggunaan alatan, serta amalan kesihatan dan keselamatan.
Kerohanian, Nilai dan Kewarganegaraan
Pendidikan Islam untuk murid Islam, Pendidikan Moral untuk murid bukan Islam, dan Pendidikan Kewarganegaraan.
Bahasa dan Literasi
Mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Kognitif
Matematik dalam kehidupan harian, kejadian alam dan hasil warisan, serta menyelesaikan masalah.
Kreativiti dan Estetika
Seni visual, muzik, gerakan dan drama: meneroka, berkarya dan menghargai karya seni.
Seminggu di prasekolah: 1,200 minit
Prasekolah dijalankan sekurang-kurangnya empat jam sehari termasuk waktu rehat. Waktu seminggu dibahagikan begini:
- Aktiviti Fizikal150 minit
- Pendidikan Islam / Pendidikan Moral120 minit
- Perbualan Awal100 minit
- Aktiviti Pembelajaran550 minit
- Aktiviti Penutup50 minit
- Rehat200 minit
- Baca Bersama30 minit
Bagaimana guru menilai anak
Guru menilai setiap bidang pada tiga tahap penguasaan. Menurut dokumen ini, pentaksiran tidak bertujuan untuk membandingkan murid dan tidak melabelkan murid berdasarkan prestasi mereka.
Soalan ibu bapa
Adakah Jawi diajar di prasekolah?
Ya. Pendidikan Islam memberi peluang kepada murid mempelajari asas tulisan jawi. Standardnya: PI 1.5.1 Mengecam dan menyebut huruf jawi.
Halaman 67 dan 69Surah apa yang dihafaz?
Juz Amma terpilih: Surah Al-Fatihah, Surah An-Nas dan Surah Al-Ikhlas (PI 1.1.3).
Halaman 69Adakah Bahasa Inggeris diajar?
Ya. Bidang Bahasa dan Literasi mencakupi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Halaman 18Anak bukan Islam belajar apa?
Pendidikan Moral diajar kepada murid yang bukan beragama Islam.
Halaman 22Berapa lama anak bermain di luar kelas?
Aktiviti Fizikal ialah 150 minit seminggu, iaitu 30 minit setiap hari di luar bilik darjah.
Halaman 21Sumber
Dokumen Kurikulum Prasekolah, Kurikulum Prasekolah 2026. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan. Terbitan 2025, ISBN 978-967-420-784-7. Teks standard di laman ini disalin terus daripada dokumen tersebut.
Kod bertanda * ialah Kemahiran Asas bagi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Awal (halaman 26).