Bahasa Melayu dalam Kurikulum Prasekolah 2026
23 standard pembelajaran dalam empat kemahiran: mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 14 daripadanya ialah Kemahiran Asas.
Subbidang pembelajaran Bahasa Melayu memberi penekanan terhadap pemahaman yang boleh dikuasai melalui kemahiran mendengar dan membaca, manakala kebolehan mengekspresi diri semasa berkomunikasi pula dilatih menerusi kemahiran bertutur dan menulis. Kesemua kemahiran ini adalah penting untuk murid memahami dan mengekspresi diri mereka semasa berinteraksi. Aspek seni bahasa pula diperkenalkan kepada murid melalui lagu, puisi dan cerita kanak-kanak. Subbidang pembelajaran ini adalah selari dengan Kerangka Standard Bahasa Melayu.
Mendengar
Mendengar untuk memahami dan memberikan respons yang bersesuaian.-
BM 1.1.1* AsasMengecam bunyi dalam persekitaran. Contoh: Bunyi manusia, alam sekitar dan ciptaan manusia.
-
BM 1.1.2* AsasMengecam bunyi abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat mudah.
-
BM 1.1.3Mendengar dan memahami lagu, puisi dan cerita kanak-kanak.
-
BM 1.1.4* AsasMemahami dan memberi respons yang betul dalam pelbagai situasi. Contoh: Soalan, permintaan, arahan dan penolakan serta maklumat dan cerita yang didengar.
Bertutur
Bertutur untuk berinteraksi secara lisan dan bukan lisan mengikut konteks.-
BM 2.1.1Mengajuk pelbagai bunyi di persekitaran. Contoh: • Bunyi semula jadi (ayam berkokok, kucing mengiau, hujan lebat, guruh) • Bunyi peralatan atau kenderaan (jam loceng berdering, ketukan di pintu)
-
BM 2.1.2* AsasBerinteraksi dengan sebutan yang jelas dan sopan dalam perbualan harian. Berinteraksi menggunakan: • bahasa lisan • bahasa bukan lisan • intonasi yang sesuai
-
BM 2.1.3Menyanyikan lagu atau melafazkan puisi mudah dengan sebutan yang jelas.
-
BM 2.1.4Menyampaikan idea tentang sesuatu yang didengar, dilihat atau dialami.
Membaca
Membaca untuk mendapatkan maklumat dan memahami maksud.-
BM 3.1.1* AsasMengenal dan memahami label, tanda, logo dan simbol.
-
BM 3.1.2Mengenal ciri asas dan cara mengendalikan buku. • Ciri asas: muka depan, muka belakang, judul, penulis, kandungan dan nombor muka surat. • Cara mengendali buku: memegang buku dengan betul, menyelak buku, menyimpan buku di tempat yang sesuai.
-
BM 3.1.3* AsasMemahami ilustrasi atau gambar.
-
BM 3.1.4* AsasMengamalkan cara membaca yang betul. • Jarak antara mata dan teks. • Baca dari depan ke belakang. • Baca dari kiri ke kanan. • Baca dari atas ke bawah. • Baca dari baris atas ke baris bawah.
-
BM 3.2.1* AsasMengenal bentuk dan nama huruf. Nota: Abjad A hingga Z
-
BM 3.2.2* AsasMengenal dan membunyikan suku kata. Gabungan konsonan vokal (KV) dan konsonan vokal konsonan (KVK). Nota: Suku kata KV
-
BM 3.2.3* AsasMengenal dan membaca perkataan yang mempunyai suku kata terbuka dan suku kata tertutup. • KV+KV (bo+la) • KV+KV+KV (ke+re+ta) • KVK (bas) • V+KV (i+bu) • V+KVK (u+bat) • KV+KVK (ko+tak) Nota: Suku kata KV
-
BM 3.2.4Membaca dan memahami maksud perkataan. Dengan bantuan visual atau bahan.
-
BM 3.2.5Membaca frasa dan ayat mudah serta memahaminya.
-
BM 3.2.6Memahami dan memberi respons kepada cerita yang dibaca dalam bentuk cetakan atau digital.
Tahap penguasaan Bahasa Melayu
Guru menilai anak pada tiga tahap bagi setiap Standard Prestasi di bawah. TP3 ialah tahap tertinggi.
Teks standard disalin daripada Dokumen Kurikulum Prasekolah 2026 (KPM, terbitan 2025), halaman 95 hingga 104. Kod bertanda Asas ialah Kemahiran Asas.
Lihat bidang lain dalam Kurikulum Prasekolah 2026