Kreativiti dan Estetika dalam Kurikulum Prasekolah 2026
13 standard pembelajaran dalam tiga kemahiran: eksplorasi, ekspresi dan apresiasi.
Bidang pembelajaran ini memberi peluang kepada murid menikmati dan meluahkan perasaan, berkongsi idea tentang diri dan apresiasi seni di sekeliling melalui seni visual, muzik dan gerakan serta drama. Murid juga dapat membuat penerokaan menggunakan kesemua deria bagi meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti.
Eksplorasi
KE 1.1
Menunjukkan minat terhadap keindahan alam sekitar.
-
KE 1.1.1Menceritakan pengalaman meneroka keindahan alam sekitar. • Murid berkongsi pengalaman secara lisan atau melalui lukisan dan penceritaan ringkas tentang perkara yang menarik perhatian semasa melalui aktiviti meneroka persekitaran. • Murid boleh bercerita tentang kepelbagaian warna, tekstur, jenis haiwan dan bunyi yang terdapat di persekitaran. • Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti jelajah persekitaran luar kelas, lawatan ke taman bunga, lukisan alam dan bermain di taman permainan. Selain memperoleh pengalaman tentang keindahan, murid juga belajar menghargai dan menjaga alam sekitar.
KE 1.2
Menunjukkan minat terhadap karya seni dalam pelbagai media.
-
KE 1.2.1Mengenal kepelbagaian warna, bentuk, tekstur dalam karya seni visual.
-
KE 1.2.2Mengenal pelbagai bunyi di persekitaran. Pic dan tempo
-
KE 1.2.3Mengenal pelbagai pergerakan mengikut rentak muzik. Rentak muzik mengikut budaya setempat atau kaum dan masyarakat.
-
KE 1.2.4Meniru pelbagai watak dan dialog dalam drama atau cerita.
Ekspresi
KE 2.1
Mempamerkan daya imaginasi melalui penghasilan karya seni.
-
KE 2.1.1Mempamerkan daya imaginasi dan perasaan seronok dalam menghasilkan karya seni. Kebebasan, sokongan dan kesediaan persekitaran perlu diberi untuk menggalakkan imaginasi, kreativiti dan perasaan seronok murid.
KE 2.2
Menghasilkan karya seni menggunakan daya imaginasi.
-
KE 2.2.1Menggunakan pelbagai teknik dan media untuk menghasilkan karya seni visual. • Teknik: Mozek, capan, kolaj dan binaan • Media: Pensel, pensel warna, krayon dan warna air
-
KE 2.2.2Menyanyikan lagu. • Sebutan dan pic yang betul • Mengikut tempo
-
KE 2.2.3Menggunakan pelbagai alat muzik untuk memainkan corak irama melodi lagu.
-
KE 2.2.4Melakukan pergerakan kreatif mengikut rentak muzik.
-
KE 2.2.5Melakonkan pelbagai watak mengikut imaginasi dan kreativiti.
Apresiasi
KE 3.1
Menunjukkan penghargaan terhadap karya seni.
-
KE 3.1.1Bercerita tentang karya seni sendiri. Perkongsian hasil dan pengalaman dalam menghasilkan karya seni.
-
KE 3.1.2Menyatakan pandangan terhadap karya seni.
Tahap penguasaan Kreativiti dan Estetika
Guru menilai anak pada tiga tahap bagi setiap Standard Prestasi di bawah. TP3 ialah tahap tertinggi.
KE 1Menggunakan kreativiti dalam penghasilan karya seni visual.
TP1 Murid boleh menghasilkan karya seni visual melalui peniruan.
TP2 Murid boleh menghasilkan karya seni visual dengan bimbingan.
TP3 Murid boleh menghasilkan karya seni visual secara kreatif.
KE 2Menunjukkan minat dan kebolehan dalam muzik dan gerakan.
TP1 Murid boleh melibatkan diri tetapi tidak menunjukkan minat dan kebolehan dalam muzik dan pergerakan.
TP2 Murid boleh menunjukkan minat tetapi kurang berkebolehan dalam muzik dan pergerakan.
TP3 Murid boleh menunjukkan minat dan kebolehan dalam muzik dan pergerakan.
KE 3Melakonkan watak dalam drama.
TP1 Murid boleh meniru watak dalam lakonan.
TP2 Murid boleh melakonkan pelbagai watak dengan bimbingan.
TP3 Murid boleh melakonkan pelbagai watak secara kreatif.
KE 4Menunjukkan penghargaan terhadap karya seni.
TP1 Murid boleh bercerita tentang hasil kerja sendiri.
TP2 Murid boleh menyatakan pandangan terhadap karya seni sendiri dan orang lain dengan rangsangan yang sesuai.
TP3 Murid boleh memberikan ulasan tentang karya seni sendiri serta orang lain dengan yakin.
Teks standard disalin daripada Dokumen Kurikulum Prasekolah 2026 (KPM, terbitan 2025), halaman 173 hingga 181.
Lihat bidang lain dalam Kurikulum Prasekolah 2026