Pendidikan Kewarganegaraan dalam Kurikulum Prasekolah 2026
16 standard pembelajaran dalam dua kemahiran: memahami dan mengamalkan.
Subbidang pembelajaran Pendidikan Kewarganegaraan bertujuan memupuk kesedaran murid terhadap hak dan tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara yang memiliki semangat patriotisme serta dapat menyumbang kepada kesejahteraan keluarga dan komuniti.
Memahami
KW 1.1
Memahami hak dan tanggungjawab terhadap diri sendiri.
-
KW 1.1.1Membezakan keperluan dan kehendak. Contoh: • Keperluan: "Kita perlukan kasut untuk berjalan." (Kasut adalah keperluan untuk melindungi kaki). • Kehendak: "Saya mahu kasut yang ada lampu-lampu!" (Kasut yang berlampu adalah kehendak).
-
KW 1.1.2Mengetahui hak yang perlu dilindungi dan dipenuhi. Hak merupakan keperluan atau perkara asas yang perlu kanak-kanak miliki seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan.
-
KW 1.1.3Menyatakan tanggungjawab terhadap diri. Contoh: • Jaga kebersihan diri. • Cuci tangan sebelum dan selepas makan. • Guna peralatan sendiri dengan baik. • Kemas mainan sendiri.
KW 1.2
Memahami tanggungjawab terhadap keluarga.
-
KW 1.2.1Menceritakan peranan anggota keluarga.
-
KW 1.2.2Menyatakan tanggungjawab diri terhadap ahli keluarga. Contoh: • Bantu ibu membuang sampah. • Patuhi peraturan yang telah ditetapkan di rumah. • Ucap terima kasih dan hargai bantuan yang diberikan.
KW 1.3
Memahami hubungan diri dengan komuniti.
-
KW 1.3.1Mengetahui tanggungjawab sebagai warga sekolah. Contoh: • Patuh peraturan sekolah dan jaga kebersihan persekitaran sekolah. • Hormat rakan dan guru.
-
KW 1.3.2Mengenali kemudahan awam dan tahu cara menjaga kemudahan awam tersebut.
-
KW 1.3.3Memerihalkan tentang kejiranan. Contoh: • Hubungan sesama jiran: Saling membantu dan hormat-menghormati • Aktiviti kejiranan: Gotong-royong dan sambutan hari raya
KW 1.4
Memahami dan mengetahui negara Malaysia.
-
KW 1.4.1Mengenali Malaysia. Contoh: Negeri di Malaysia dan ketua negara.
-
KW 1.4.2Mengenali identiti dan lambang negara. Contoh: Lagu Negaraku, Jalur Gemilang, Rukun Negara, bunga kebangsaan, Jata Negara serta lagu dan bendera negeri tempat tinggal.
-
KW 1.4.3Mengenali mercu tanda di Malaysia. Contoh: Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Tugu Negara, Jambatan Pulau Pinang dan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Mengamalkan
KW 2.1
Melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.
-
KW 2.1.1Menghormati dan menghargai ahli keluarga. Contoh: Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dalam keluarga.
-
KW 2.1.2Melibatkan diri dalam tugasan di rumah. Contoh: Simpan alat mainan selepas bermain, bantu ibu memasak dan menghidang makanan serta siram tanaman.
KW 2.2
Melaksanakan tanggungjawab terhadap komuniti.
-
KW 2.2.1Menghargai dan menggunakan kemudahan awam dengan baik.
-
KW 2.2.2Menghormati dan menghargai warga setempat.
KW 2.3
Melaksanakan tanggungjawab terhadap negara.
-
KW 2.3.1Mempamerkan sikap hormat terhadap lambang dan identiti negara. Contoh: • Berdiri ketika menyanyikan lagu Negaraku. • Menghormati Jalur Gemilang.
Tahap penguasaan Pendidikan Kewarganegaraan
Guru menilai anak pada tiga tahap bagi setiap Standard Prestasi di bawah. TP3 ialah tahap tertinggi.
KW 1Mengetahui dan melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.
TP1 Murid boleh menyatakan tanggungjawab terhadap keluarga.
TP2 Murid boleh melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dengan rangsangan yang sesuai.
TP3 Murid boleh melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.
KW 2Mengetahui dan melaksanakan tanggungjawab terhadap komuniti.
TP1 Murid boleh menyatakan cara menjaga kemudahan awam dan cara menghormati warga setempat.
TP2 Murid boleh menggunakan kemudahan awam dengan bertanggungjawab dan menghormati warga setempat dengan bimbingan.
TP3 Murid boleh menggunakan kemudahan awam dengan bertanggungjawab dan menghormati warga setempat.
KW 3Mengetahui dan melaksanakan tanggungjawab terhadap negara.
TP1 Murid boleh menyatakan tanggungjawab terhadap negara.
TP2 Murid boleh menunjukkan sikap menghormati lambang dan identiti negara dengan rangsangan yang sesuai.
TP3 Murid boleh menunjukkan sikap menghormati lambang dan identiti negara dalam pelbagai situasi.
Teks standard disalin daripada Dokumen Kurikulum Prasekolah 2026 (KPM, terbitan 2025), halaman 85 hingga 94.
Lihat bidang lain dalam Kurikulum Prasekolah 2026