Pendidikan Moral dalam Kurikulum Prasekolah 2026
15 standard pembelajaran dalam dua kemahiran: mengetahui dan memahami; dan mengamalkan.
Subbidang pembelajaran Pendidikan Moral di prasekolah merupakan asas penting dalam pembentukan nilai seperti kasih sayang, kejujuran, hormat dan kerajinan melalui pendekatan yang menyeronokkan. Bidang ini bertujuan untuk mengembangkan kesedaran moral dan tingkah laku positif dalam kehidupan seharian.
Mengetahui dan memahami
PM 1.1
Mengetahui nilai murni yang perlu ada dalam diri sendiri.
-
PM 1.1.1Menyatakan cara menyayangi diri. Contoh: • Menjaga kebersihan dan keselamatan diri. • Mengambil makanan berkhasiat.
-
PM 1.1.2Memberikan contoh sikap rajin.
-
PM 1.1.3Menceritakan tentang perlakuan dan kebaikan bersikap jujur. Contoh: Bersikap jujur boleh meningkatkan kepercayaan orang lain terhadap diri, menjadi teladan yang baik dan memupuk rasa tanggungjawab.
PM 1.2
Memahami nilai murni dalam interaksi dengan orang lain.
-
PM 1.2.1Menceritakan cara menunjukkan kasih sayang kepada orang lain. Contoh: Peluk ibu, bantu nenek kemas rumah dan berkongsi alat tulis dengan rakan.
-
PM 1.2.2Menyatakan keperluan orang lain. Contoh: Pujuk kawan yang sedang menangis dan bantu rakan yang memerlukan.
-
PM 1.2.3Memberi contoh cara menunjukkan sikap hormat kepada orang lain dalam pelbagai situasi.
PM 1.3
Memahami nilai kasih sayang dalam penjagaan alam sekitar.
-
PM 1.3.1Menyatakan kepentingan menyayangi alam sekitar. Contoh: Sayangi alam sekitar dapat mengelak pencemaran dan bencana alam serta risiko penyakit.
-
PM 1.3.2Menceritakan cara menyayangi alam sekitar. Contoh: • Tutup suis lampu selepas digunakan. • Tidak memetik bunga di taman. • Buang sampah ke dalam tong sampah.
Mengamalkan
PM 2.1
Mengamalkan nilai murni dalam diri sendiri.
-
PM 2.1.1Mengamalkan perlakuan sayang kepada diri sendiri.
-
PM 2.1.2Bercakap benar dalam pertuturan. Perlakuan untuk menyatakan perkara sebenar yang telah dilakukan tidak kira sama ada perkara baik atau sebaliknya.
-
PM 2.1.3Melaksanakan tugasan dengan rajin.
PM 2.2
Mengamalkan nilai murni terhadap orang lain.
-
PM 2.2.1Mendengar dan menghargai pendapat orang lain.
-
PM 2.2.2Menunjukkan keprihatinan terhadap orang lain. Contoh: Bersedia dan mengambil tindakan yang sesuai kepada rakan yang menghadapi kesukaran atau kesedihan.
-
PM 2.2.3Menunjukkan percakapan dan perlakuan yang sopan terhadap orang lain.
PM 2.3
Mengamalkan penjagaan alam sekitar.
-
PM 2.3.1Melaksanakan aktiviti memelihara dan memulihara alam sekitar. Contoh: Buang sampah di tempat yang betul, menanam pokok dan gotong royong.
Tahap penguasaan Pendidikan Moral
Guru menilai anak pada tiga tahap bagi setiap Standard Prestasi di bawah. TP3 ialah tahap tertinggi.
PM 1Mengamalkan nilai kasih sayang.
TP1 Murid boleh menyatakan cara menyayangi diri sendiri.
TP2 Murid boleh menunjukkan sikap prihatin terhadap orang lain.
TP3 Murid boleh memberi bantuan kepada yang memerlukan.
PM 2Menghormati orang lain.
TP1 Murid boleh mempamerkan sikap hormat kepada orang lain dengan bimbingan.
TP2 Murid boleh mempamerkan sikap menghormati orang lain secara terhad.
TP3 Murid boleh mempamerkan sikap menghormati orang lain dalam pelbagai situasi.
PM 3Bersikap jujur dalam pergaulan seharian.
TP1 Murid boleh bercerita tentang kejujuran.
TP2 Murid boleh menentukan perkara yang betul atau salah dengan bimbingan.
TP3 Murid boleh memilih dan melaksanakan perkara yang betul dalam pelbagai situasi.
PM 4Mengamalkan sikap rajin dalam menyelesaikan tugasan yang diberi.
TP1 Murid boleh menyiapkan tugasan apabila disuruh.
TP2 Murid boleh menyiapkan tugasan apabila diingatkan atau secara terhad.
TP3 Murid boleh menyiapkan tugasan tanpa disuruh dengan konsisten dan bersungguh-sungguh.
Teks standard disalin daripada Dokumen Kurikulum Prasekolah 2026 (KPM, terbitan 2025), halaman 76 hingga 84.
Lihat bidang lain dalam Kurikulum Prasekolah 2026