Tentang Desaverse
Prasekolah

Pendidikan Islam dalam Kurikulum Prasekolah 2026

18 standard pembelajaran dalam dua kemahiran: mengetahui dan memahami; dan mengamalkan.

Subbidang pembelajaran Pendidikan Islam berhasrat untuk mendidik murid menjadi insan yang berakhlak mulia, baik hati, beriman dan bertaqwa kepada Allah. Subbidang pembelajaran ini memberi penekanan dalam aspek asas pengetahuan, sikap dan nilai serta amalan ajaran agama Islam dalam kehidupan. Di samping itu, Pendidikan Islam juga memberi peluang kepada murid mempelajari asas tulisan jawi.

Mengetahui dan memahami

PI 1.1 Mengetahui asas Al-Quran.
  • PI 1.1.1
    Menyebut huruf hijaiyah tunggal.
  • PI 1.1.2
    Mengenal dan menyebut bunyi huruf hijaiyah berbaris satu. Bunyi huruf berbaris: • atas (fathah) • bawah (kasrah) • hadapan (dhommah)
  • PI 1.1.3
    Menghafaz surah daripada Juz Amma dengan betul. • Juz Amma terpilih adalah: o Surah Al-Fatihah o Surah An-Nas o Surah Al-Ikhlas • Maksud setiap surah terpilih diterangkan secara ringkas.
PI 1.2 Mengetahui Rukun Iman dan Rukun Islam.
  • PI 1.2.1
    Menyatakan Rukun Iman.
  • PI 1.2.2
    Menyatakan Rukun Islam.
PI 1.3 Mengetahui dan memahami ibadah dalam kehidupan harian.
  • PI 1.3.1
    Melakukan wuduk dengan betul dan tertib. Niat dan anggota wuduk.
  • PI 1.3.2
    Melakukan perlakuan solat dengan betul dan tertib. • Perlakuan solat iaitu berdiri tegak, takbiratulihram, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat dan salam. • Perkenalkan niat solat dan bacaan asas dalam solat.
  • PI 1.3.3
    Memahami ibadah puasa. • Pengertian puasa • Niat • Perkara berkaitan bersahur dan berbuka • Perkara yang membatalkan puasa
PI 1.4 Mengetahui latar belakang dan keluarga Nabi Muhammad SAW.
  • PI 1.4.1
    Bercerita tentang Nabi Muhammad SAW. Nama penuh, tempat kelahiran, tarikh dan hari lahir. Memberitahu irhas Nabi Muhammad SAW semasa kelahirannya.
  • PI 1.4.2
    Menyatakan nama ahli keluarga terdekat Nabi Muhammad SAW. Ibu, bapa, datuk, anak dan bapa saudara.
PI 1.5 Mengetahui asas tulisan jawi.

Mengamalkan

PI 2.1 Mengamalkan cara beriman kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan harian.
  • PI 2.1.1
    Melafazkan kalimah syahadah.
  • PI 2.1.2
    Melafaz kalimah bagi memuji keesaan dan kebesaran Allah SWT. Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar
  • PI 2.1.3
    Melafaz sifat wajib bagi Nabi Muhammad SAW. Siddiq (jujur), Amanah, Tabligh (menyampaikan), Fatanah (bijaksana)
PI 2.2 Mengamalkan adab dalam kehidupan seharian.
  • PI 2.2.1
    Mempamerkan adab dalam aktiviti harian. Contoh: Adab makan dan minum, adab pergaulan (ibu bapa, ahli keluarga, guru dan rakan).
  • PI 2.2.2
    Melafazkan doa dalam aktiviti harian. Contoh: Doa sebelum belajar, doa makan dan minum, doa masuk dan keluar tandas, doa ibu bapa, doa tidur dan doa naik kenderaan

Tahap penguasaan Pendidikan Islam

Guru menilai anak pada tiga tahap bagi setiap Standard Prestasi di bawah. TP3 ialah tahap tertinggi.

PI 1Menghafaz surah terpilih Juz Amma.
TP1 Murid boleh mengulang bacaan surah terpilih Juz Amma mengikut guru.
TP2 Murid boleh menghafaz surah terpilih daripada Juz Amma tetapi tidak lancar.
TP3 Murid boleh menghafaz surah terpilih daripada Juz Amma dengan betul dan lancar.
PI 2Melakukan ibadah dalam kehidupan harian.
TP1 Murid boleh melakukan wuduk dan perlakuan solat dengan bimbingan.
TP2 Murid boleh melakukan wuduk dan perlakuan solat dengan betul.
TP3 Murid boleh melakukan wuduk dan perlakuan solat dengan betul dan tertib.
PI 3Menunjukkan cara beriman kepada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
TP1 Murid boleh melafazkan dua kalimah syahadah mengikut guru.
TP2 Murid boleh melafazkan dua kalimah syahadah tetapi tidak lancar.
TP3 Murid boleh melafazkan dua kalimah syahadah dengan betul dan lancar.
PI 4Mengetahui dan menunjukkan adab yang baik dalam kehidupan.
TP1 Murid boleh menyatakan contoh adab yang baik dalam kehidupan harian.
TP2 Murid boleh menunjukkan adab baik dalam kehidupan harian dengan rangsangan yang sesuai.
TP3 Murid boleh menunjukkan adab baik dalam kehidupan harian.

Teks standard disalin daripada Dokumen Kurikulum Prasekolah 2026 (KPM, terbitan 2025), halaman 67 hingga 75.

Lihat bidang lain dalam Kurikulum Prasekolah 2026