Tentang Desaverse
Prasekolah
Jawi Prasekolah

Abjad Jawi: 35 huruf

Jawi ada 35 huruf. 29 huruf datang daripada huruf Arab dan 6 lagi ditambah untuk bunyi Melayu. Tekan mana-mana huruf untuk dengar namanya.

Nota ringkas · Jawi Prasekolah

35 huruf = 29 huruf Arab + 6 huruf tambahan Melayu

Dalam Kurikulum Prasekolah 2026: PI 1.5.1 Mengecam dan menyebut huruf jawi.

Kenal semua huruf

35 huruf mengikut urutan, dibaca dari kanan

Huruf tambahan Melayu Ada dua huruf bernama Ha: no. 7 (ح) dan no. 32 (ه).
Bentuk sama, titik beza

Kira titik dan lihat di mana titik itu

Huruf dalam satu kumpulan ada bentuk yang sama. Yang membezakannya ialah bilangan titik, dan sama ada titik di atas atau di bawah.

ب Ba 1 titik bawah
ت Ta 2 titik atas
ث Tsa 3 titik atas
ح Ha tiada titik
ج Jim 1 titik bawah
خ Kha 1 titik atas
چ Ca 3 titik bawah
د Dal tiada titik
ذ Zal 1 titik atas
ر Ra tiada titik
ز Zai 1 titik atas
س Sin tiada titik
ش Syin 3 titik atas
ص Sod tiada titik
ض Dod 1 titik atas
ط To tiada titik
ظ Zo 1 titik atas
ع Ain tiada titik
غ Ghain 1 titik atas
ڠ Nga 3 titik atas
ف Fa 1 titik atas
ڤ Pa 3 titik atas
ک Kaf tiada titik
ݢ Ga 1 titik atas
ن Nun 1 titik atas
ڽ Nya 3 titik atas
و Wau tiada titik
ۏ Va 1 titik atas
6 huruf tambahan Melayu

Huruf Arab yang ditambah titik untuk bunyi Melayu

چ
Ca bunyi c Bentuk ح + 3 titik bawah
ڠ
Nga bunyi ng Bentuk ع + 3 titik atas
ڤ
Pa bunyi p Bentuk ڡ + 3 titik atas
ݢ
Ga bunyi g Bentuk ک + 1 titik atas
ۏ
Va bunyi v Bentuk و + 1 titik atas
ڽ
Nya bunyi ny Bentuk ں + 3 titik atas
Mula dari mana?

Mula dengan 10 huruf yang paling mudah

Dalam aplikasi, anak bermula dengan huruf yang mudah ditulis dan kurang titik. Huruf yang banyak titik atau mudah keliru datang kemudian.

Mula dengan · 10 huruf ا ب ت د ر س ل م ن و
Kemudian · 12 huruf ج ح ک ه ف ق ع ي ز ش ݢ ڠ
Akhir sekali · 13 huruf ث چ خ ذ ص ض ط ظ غ ڤ ۏ ء ڽ
Huruf tambahan Melayu Nama, bunyi dan titik huruf diambil daripada aplikasi Jawi Prasekolah.

Carta 35 huruf Jawi · Desaverse Prasekolah · https://desaverse.com/prasekolah/nota/jawi/abjad/

Kongsi WhatsApp
Main Geng Huruf: percuma, semua 35 huruf

Jawi Prasekolah ada 31 permainan

Selepas kenal huruf, anak belajar letak titik, sambung huruf, bina suku kata dan baca perkataan Jawi pertama. Sekali bayar RM29, guna untuk semua anak dalam keluarga.

Maklumat lanjut